DATUK ROSYAM NOR TERLIBAT DALAM KEMALANGAN

This Article Post on 6:00 PM
Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor terselamat daripada kemalangan yang berlaku di Jalan Universiti berdekatan dengan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini pada malam Rabu.
Beliau berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, kereta jenis Peugeot miliknya terbabas dan melanggar pembahagi jalan selepas hilang kawalan akibat hujan lebat.






“Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius berlaku dan tidak melibatkan kenderaan lain, cuma kemalangan kecil sahaja.”
“Ketika kejadian kenderaan saya hilang kawalan ekoran hujan lebat sebelum melanggar pembahagi jalan,” katanya kepada mStar Online, Khamis.
Kereta miliknya itu mengalami kerosakan teruk, namun Datuk Rosyam bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan dialami.
“Akibat hentaman kuat kereta tidak boleh bergerak kerana tayar pecah selain beberapa bahagian lain juga mengalami kerosakan,” katanya.
Sehubungan dengan itu, Datuk Rosyam berkata, satu laporan polis telah dibuat di balai polis berdekatan pada petang Khamis berhubung insiden itu. 
| mStar Online | Wanista.com
Newer Post Older Post Home