Pasaran kecantikan Korea mendapat tempat di serata dunia, daripada BB cushions sehingga sheet masks, terdapat begitu banyak yang diterokai. Begitu juga dengan trend gincu bibir yang digayakan oleh para selebriti Korea yang boleh dikatakan sangat cantik dan menawan sekali. Di sini, kami tampilkan 10 daripada trend bibir yang terbaik daripada drama Korea yang pasti akan memberi inspirasi kepada anda untuk mencuba beberapa penampilan baru.
1. The Orange Lip — Armani Lip Maestro in 300
Jika anda menonton drama It’s Okay, That’s Love, pasti anda sukakan fesyen yang ditampilkan oleh pelakon wanita utama Ji Hye Soo yang trendy walaupun simple. Bukan itu sahaja, teknik solekannya dalam drama tersebut juga minimalis tetapi kekal menawan, highlight pada gincu bibir rona oren.
2. The Soft Pink Lip —Yves Saint Laurent’s Rouge VoluptĂ© in 33 ‘Rose Neillia’
Daripada drama Birth of the Beauty, rona gincu ini sangat sempurna pada Sara, sederhana tanpa perlu mencuri tumpuan ramai. Gincu merah jambu lembut ini sangat menyerlahkan penampilan malah mempamerkan keindahan si pemakai. Forever sweet!
3. Pink Lip Stain — Benefit Lollitint
Penulis sukakan watak Oh Jin Hee dalam drama Emergency Couple, penulis jugakan gincu bibir rona merah jambu yang dipakainya, simple tetapi cantik sangat. Manfaat lollitint amat baik kerana ianya mampu tahan lama di bibir sepanjang hari.
4. The Hot Pink Lip — NARS Schiap
Boleh dikatakan one of my favourite colour. Gincu rona ini mampu menyerlahkan si pemakai, walau tidak mengenakan solekan tetapi dengan pemilihan gincu ini anda tampil menawan sekali.
5. The Coral Lip — YSL’s Rouge Pur Couture #52 Rosy Coral
Apa sahaja yang dikenakan oleh watak Cheon Song Yi dalam drama My Love From Another Star menjadi kegilaan wanita di seluruh dunia, bahkan gincu bibir juga dicarinya. Apabila dilaporkan Cheon Song Yi memakai YSL’s Rouge Pur Couture #52 Rosy Coral, ia serta-merta dijual di setiap kedai kosmetik. Rona ini sempurna dan serasi dengan semua.
6. Nude Pink Lip — Laneige’s ”Silk Intense Lipstick Beige Chiffon”
Bagi mereka yang ingin tampil solekan lebih berusia, rona ini sesuai dengan anda. Oh Young dalam drama That Winter, The Wind Blows menunjukkan kepada kita untuk tampil sempurna walaupun hanya dengan solekan nude pink bersama rosy cheek.
7. Pinky Red lip — Maybelline Baby Lips in Cherry Me
Oh No Cha Eun Sang! Kim Tan dah ada teman wanita! Hahahah. Gincu bibir yang sempurna untuk kegunaan harian. Maybelline Baby Lips in Cherry Me memberikan warna halus dan sweet malah natural kepada si pemakai.
8. The Perfect Red Lip — Nars’ Velvet Matte Lip Pencil in Dragon Girl
Jika anda inginkan rona bibir merah, anda perlu berani memakainya. Nars’ Matte Lip Pencil mampu mewujudkannya. Noda merah mampu membuatkan seseorang kelihatan lebih berani, dewasa dan miliki sifat kepimpinan.
9. Hera Sheer Holic Pop Tint #1, Marylin Pink
Gincu bibir ini mejadi popular kerana ianya dipakai oleh pelakon lelaki dalam drama Kill Me Heal Me. Pelakon Jisung melakonkan watak yang mempunyai personaliti yang pelbagai dan salah satu daripadanya adalah seorang gadis berusia 17 tahun, Ahn Yona. Ahn Yona dilihat memakai salah satu koleksi Hera, Sheer Holic Pop Tint #1, Marylin Pink – memberikan anda look yang sangat fresh dan young.