Hijab kini sudah menjadi trend masa kini dengan banyak penggayaan yang menarik, sesuai dipadankan dengan apa jenis pakaian sekalipun.
Hijabista kini tidak perlu risau atau malu untuk bergaya, sebagai contoh, seorang hijabista Indonesia yang dikenali sebagai Zahratul Jannah. Beliau merupakan seorang ibu kepada 2 orang anak yang sangat manis dan stailo berhijab. Beliau berani bergaya dengan pakaian mix and match dan bergaya dengan pelbagai jenis fesyen hijab yang sangat menarik!
Sememangnya, keberanian beliau dalam berfesyen boleh dijadikan sebagai contoh dan ikutan buat semua hijabista di luar sana yang ingin tampil cantik, stailo dan pada masa yang sama masih mengekalkan imej seorang muslimah.
Sumber: Vemale.com