ISU ‘ESCORT GIRL’, TASHA SHILLA DESAK TV3 MOHON MAAF

This Article Post on 1:16 AM
Terkini, pelakon Tasha Shilla telah mengemukakn 3 tuntutan kepada pihak TV3 atas penyiaran temubual menerusi rancangan Melodi  pada 8 Februari lalu berhubung tuduhan dia terlibat dalam aktiviti pelacuran iaitu escort girl (gadis peneman).

Peguam Tasha, Fahda Nur Ahmad Kamar, berkata, pihaknya telah menghantar notis amaran kepada stesen televisyen tersebut pada Jumaat lalu bagi membersihkan nama Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak.
Screen Shot 2015-02-18 at 8.56.12 AM
“Kami telah menghantar notis kepada pihak TV3 pada Jumaat lalu dengan mengemukakan tiga tuntutan iaitu menuntut agar TV3 memberi ruang kepada Tasha untuk membersihkan namanya daripada isu escort girl, permohonan maaf dan Melodi berjanji untuk tidak membangkitkan lagi isu berkenaan. Setakat ini, kami belum menerima apa-apa lagi respons daripada pihak TV3 dan menetapkan tempoh selama dua minggu kepada mereka untuk memberi maklum balas berhubung tuntutan berkenaan,”  katanya.
Terdahulu akhbar Harian Metro ada melaporkan 10 artis wanita tempatan disyaki terlibat dalam kegiatan sebagai gadis peneman ataupun escort  girl iaitu sebuah aktiviti pelacuran.
Pada 8 Februari lalu, program hiburan TV3 iaitu Melodi telah membuat laporan susulan dengan bertanyakan kepada Tasha soalan berkaitan isu berkenaan. Sementara itu, pada 12 Februari lalu, Tasha tampil memberi penjelasan dan meminta agar semua pihak tidak mengaitkannya dengan isu itu kerana ia benar-benar telah mencalarkan namanya.
| mStar Online
Newer Post Older Post Home